a411f221-7c8e-4fec-b34c-a618e1749e77
saya bukanlah fanatik korean foods mahupun drama bersiri korea, (kecuali masa pregnant ilham) tapi setiap kali saya tengok korean foods tekak saya menjerit2 nak makan. cehhhh gitu. rasa macam ya Allah sedapnya. padahal tengok gambar jek kot.

antara menu yang saya jadi terkecur air liur bila tengok sup kimchi. makanya saya pun mencubalah kebetulan stok kimchi dari Kimchi Malaysia banyak lagi.

ok ini sup kimchi versi ummi ilhams, follow resepi kak siti hajar taukey Kimchi Malaysia.

RESEPI SUP KIMCHI

bahan2:

500gm dagig – dipotong dadu
3 sudu makan kimchi
1 batang lobak merah – dihiris (bite size)
1 batang lobak putih– dihiris (bite size)
1 pek tauhu – potong dadu
1 pek cendawan
3 tangkai daun bawang (untuk hiasan)
1 sudu makan pes cili
1 liter air
1 ketul stok lembu maggi/knor
gula & garam secukupnya

cara2:
1. masukkan daging, lobak merah & putih, air, pes cili dan kimchi ke dalam periuk.
2. masak hingga mendidih selama 15-20 minit (hingga daging empuk). kalau guna pressure cooker lebih elok.
3. setelah mendidih masukkan cendawan, tauhu, garam, gula dan stok lembu. biarkan reneh seketika.
4. taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

sayaaaa sukaaaa.. sayaaaaa sukaaaa.. ummi bedal ni jek masa tu tak makan nasi. babah je kata tak boleh terima pulak tekak dia. dia lebih suka makan bulgogi hahaha. adoimakkk sebut2 kimchi segala terasa mahu ke seoul garden lah. harap babah terbaca ekekeke.

ok uolls, trylah sup kimchi ni. tekak saya sedap je masam2 gitu. tak tahulah tekak uolls. nanti kita try bibimbap pulak. nak beli kimchi boleh roger2 saya ya Winking smile

selamat mencuba!