morning uolls. dah hari ke 29. hari ni tajuknya "Menu Sarapan" dan kebetulan sarapan ummi ilhams pagi ni meriah sesangat. habislah menternak lemak je kerjanya. petang ni kita aerobik bakar balik lemak ekeke.
menu pertama semalam memang siap2 order dengan officemate, ankel nazame hehehe. sedap mac & cheese air tangan orang bujang hahaha. pack besar RM6 pack kecil RM4. nak order boleh PM. siap ada notes lagi tu la. tolong promote semalam rezeki dapat plum and diet breakfast katanya. dah bedal cheese tetiba diet hahaha.
ni lah diet breakfast itu.menu ke 2 overnight oat manggo. lama tak buat overnight oat hehe. thanks nazam & epan. dah makan sikit lebihnya simpan dalam fridge bagi sejuk.
menu ke 3 jemput2 pisang mak midah. thanks mak midah. jemput2 pisang sedap ni dari benut. anak mak midah tu assistant akak kat office hahaha. jadi akak siap2 declare anak angkat mak midah la gini hahaha. muntah ijo kalau mak midah baca.
ok itu saja menu sarapan. tapi macam ada tambahan lagi sebenarnya kat level atas ni dah memanggil cekodok nazame hahaha. besar betul dugaan di hari aerobik ni. hmm.. babat..ooo babat.. masak lomak pun sodap 😅😅
apa menu sarapan korang. jom share. jangan lupa teruskan menyokong #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger. ada token of appreciation tau untuk peserta2 bertuah.. 😉😉