Throwback 15 Jan 2017, rezeki ummi ilhams dan rakan2 blogger lain muncul di akhbar Sinar Harian, sisipan WOW dalam Isu Minggu Ini.
Mula asalnya berkongsi cerita di facebook tentang topik menabung menggunakan kaedah "7 Jars System". Tak sangka Puan MaryamElyas dari Sinar Harian berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Jadi beliaulah yang memberi saya peluang berkongsi ilmu.
boleh baca info mengenai isu "Menabung Dengan Konsep 7 Jars". Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, kena kerah juga diri kita menabung ya kawan2. Penting sesangat bila berlaku kecemasan. 
Ini pula pendapat geng #JDTblogger tentang menabung "Menabung Untuk Simpanan Tabung Haji". Pendapat dari Cik Rose pemilik blog Ini Realiti Bukan Fantasi.
Seorang lagi Fyda Adim pemilik blog Bila Aku Bercerita dengan pendapatnya "Ajar Anak Hargai Wang".
Jangan kecam ummi ilhams ya. Saja post entry ni di blog untuk kenangan sepanjang zaman. Gitewwwww hehehe.
Ingat ya kawan2 jadikan menabung amalan hidup. Tak sabar nak tunggu tabung travel kami matang 😉😉