selamat malam.
malam ni nak review pasal chocolate chip cookies by DA Colour. owner dan pembuat cookies ni kawan sebumbung di PTP juga, Kak Miza atau Ummi Mirza. ummi ni di kelilingi kawan2 yang pandai memasak nampaknya. bila ummi nak pandai buat cookies macam diorang ni ek hehe. tapi kan kalau ummi dah pandai sangat buat cookies nanti siapa pula nak jadi pelanggan2 kawan2 ummi tu kan hehe.
kalau sebut cookies memang agak hantu sikit la hehe. pantang dengar orang jual mesti nak cuba. tu yang cuba chocolate chip cookies ni. sedap rapuh tak terlalu manis. kaya dengan badam. kekacang lain tak perasan sebab dah lama yilek 😅😅 tu pun tak bawa balik rumah buat kunyah2 di office. ummi beli sebotol kecil RM15. bila bagi kekawan test terus jatuh cinta. ada pula yang nak selit order siap dengan boss sekali beli botol besar RM25.
korang kalau suka buat kunyah2 di rumah sambil tengok tv atau di pejabat, bolehlah order dari Ummi Mirza 019-7213360. kalau malu nak contact kak miza boleh je order dengan ummi ilhams. insha Allah maklumat akan disampaikam sebaik mungkin hehe.
ok tata. kejap lagi babah ilhams balik kerja nak siap2 nak pergi rumah "aunty star wars" collect barang shaklee.