Menjamu Selera Di Nasi Ayam Ali D’Kabin, Rengit, Batu Pahat
cerita lepas dari gathering, kasut babah teringgal di rumah atok tipah masa petang ahad nak ke honestay. jadi memang kena singgah la, lagi pun kami nak balik memang melalui jalan batu pahat pontian. alang2 singgah babah nak tidur kejap hilangkan ngantuk. bukan babah je tidur, kami sekali ikut tidur hehehe. dalam pukul 5pm kami gerak balik gelang patah.
perut rasa lapar, jadi kami singgah makan di Restoran Nasi Ayam, D’Kabin, Rengit. hari tu nak belanja family babah kat sini. tapi kami sampai je meja semua dah penuh, jadi kena cari kedai makan lain. memang hari ni rezeki kami la nak merasa menu2 di sini.
RESTORAN NASI AYAM ALI, D’KABIN
Jalan Besar Rengit, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
RESTORAN NASI AYAM ALI, D’KABIN
Jalan Besar Rengit, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
mula2 nak stay kat bawah je. tapi ilham seboleh2 ajak duduk atas. layankan jek lah. ada dua pilihan duduk di meja luar biasa berkipas atau bilik aircond. nak bilik aircond dah full pula. redho jek lah duduk luar tu walaupun agak berbahang.
menu makanan di sini. haaaa kau. siap ummi snap dengan jayanya.
budak kecil dua orang tu memang tak duduk diam.
boleh tahan juga keluasan kabin atas ni.
sementara tunggu order sampai dia berdua sempat ngurat kakak dalam kabin berair-cond tu. budak2 tu pun melayan. siap bergambar lah bagai. aduihai ilham kemain lagi. ilham minat kakak tu ke kakak tu yang minat ilham ni?
lepas tu dia sibuk nak makan otak-otak. ummi suruh dia pergi beli sendiri kat bawah tu. nampak tu dia tengah memberanikan diri membeli otak-otak.
dia juga jadi tukang hantar otak-otak ke meja hahaha.
makan dah sampai yeay! ummi order beef steak katanya haha. sebenarnya berbelah bagi nak makan goreng2 ke nak western ke. sudahnya pilih yang ni. harga RM15.90 rasa macam ok sesangat. rasa pun sedap.
ini adik syamil punya beef burger. tapi ummi babah pun bedal. RM6 ke gitu. ummi is lupa. homemade beef patty. sedap!
abang ilham makan nasi putih lauk tomyam seafood. dia kena makan nasi kalau tak nanti kejap je dah ngadu lapar. ya ampunnnnnn.. kenapalah sedap sangat tomyam dia ni. serious weh. nyesal tak order tomyam juga. rasa tak puas ngecek tomyam ilham. sedap sangat rasa dia. harga lupa
yang ni babah yang punya. nasi goreng tomyam. ya Allah sedap korang tau tak. ya korang tak tahu. nak ngecek banyak2 takut hijau muka babah kang hahaha. dapat ngecek sikit pun dah rasa eh sedap kau. syamil pun ngecek nasi goreng tomyam babah. berpeluh budak sorang tu makan sebab ada spicy sikit.
overall, memang puas hatilah makan kat sini. memang akan repeat lagi bila balik kampung nanti ekeke. babah sila take note ok. terasa kuah tomyam tu ha sesedap rasa gitu. harga pun macam tak percaya je. total RM51.40 je. rasa kalau makan kat cafe2 hipster ni harga boleh tahan. tapi kat sini tak juga mahal malahan rasanya sedap.
orang Batu Pahat dan sekitarnya korang dah cuba ke belum makan kat sini? Cepatlah cuba. Gerenti puas hati
overall, memang puas hatilah makan kat sini. memang akan repeat lagi bila balik kampung nanti ekeke. babah sila take note ok. terasa kuah tomyam tu ha sesedap rasa gitu. harga pun macam tak percaya je. total RM51.40 je. rasa kalau makan kat cafe2 hipster ni harga boleh tahan. tapi kat sini tak juga mahal malahan rasanya sedap.
orang Batu Pahat dan sekitarnya korang dah cuba ke belum makan kat sini? Cepatlah cuba. Gerenti puas hati
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!