Cerita hujung minggu. Mommy Ngah baik hati nak belanja makan mee rebus tulang lepas balik dari hospital. Rezeki jangan ditolak hehe. Dah lama memang tak ke sini. Dulu masa belum ada anak rajinlah ke sini dengan babah ilhams. Memang pekena mee rebus tulang je le. Sementara menunggu order sampai, jomlah kita melantak otak-otak.
Daddy Ngah buat perangai tu ha. Otal-otak dia buat jadi lidah 😠
Babah, ummi dan mommy ngah order mee rebus tulang. Rasanya sekarang macam makin sikit portion mee tu. Ke perasaan ummi jek ek sebab makan share dengan Syamil hahahaha.
Daddy Ngah makan sup gearbox dengan roti. tapi roti kena pow sekeping dengan Ilbam.
Ilham pula nak makan burger je. Nah ambil ni burger daging untukmu ilham. Makan tapi tak habis cisssss. Bagi adik, adik pun tak nak makan.
Lepas makan2 terus berdezup balik. Ilham ajak jalan2 terus ke area Bazar Karat. Macamana nak jalan, kereta dah jem panjang  lagi pun esok nya Ilham sekolah nanti tak sedar memang haru hehe.
Ok tu je nak cerita. Babai!